Monday, 31 October 2011

Discussion OM kat foyer KTHO!

Peristiwa ni berlaku tadi, dalam pukul 8.30 malam kat foyer KTHO, UKM Bangi.
Bukan nyer peristiwa ape pon..
cuma kitorg ade discussion pasal subjek OM.
Final year ni mcm2 tugasan, mcm2 project paper,
presentation setiap minggu nak kene bentang
dan macam2 lg lah..

Dalam post kali ni nak mention lebih sikit kat
kat
kat
.
..
..
NUR LIYANA SYAZWANI GHAZALI!!!
Dak ni la yg ckp nak
CHOP TEMPAT la,
siap post dlm GROUP la,...

tup2, aq msj dy tgh makan lg kat kafe,..
nak wat camne kan,
name pon ANAK PAK GHAZALI..
ngehh3...
sape suroh dy x bace belog aq ni.
kan dah kene kutok...
hihi...
kpd yana, aq mintak maap utk kesalahan hari ni.
yg dulu2 aq dah mintak time raye..
huhu..

Kt bawah ni gambar kitorang mase discussion la.
nengok yer...



Yg dok peace tu miera, yg nongkat dagu 2 tangan tu suhaila 
& yg paling depan tu la
ANAK PAK GHAZALI!!

yg ni pulak Arif Murti tgh tekun ngadap laptop
& Andi yg khusyuk tenung laptop arep!! huhu...


yg dok tongkat dagu ni Mia, kat tgh2 tu Fila
& ujung skali tu Ain..
3 DARA PINGITAN la katekan~ la la la ~


haaahhh!! sampai pun kat tuan punya blog!!
nama diberi ABDUL RAHMAN BIN NORDIN.
Baru je dlm bidang blogging ni.
Start 28/10/2011.

So, sampai cnie jer la ea coretan untuk "My Story"
Jumpa lg kawan2!!!

Bedak Compact Punca Jerawat??

HAAA... Korunk ade banyak jerawat x kat muka?? Mungkin ni salah satu sbb nyer....


JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.
Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat.
Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".

2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.

3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.

4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.

Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas 
menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.

credit: DR. NURHALINA AZLY MINHAT

p/s: you are feel free to drop ur comment here & FOLLOW my blog also! tq..

"Keguguran" (Takziah) Ayu Raudhah & Suami

Nampaknya, impian Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila Ayu Raudhah yang hamil enam minggu mengalami keguguran enam hari lepas. Ayu Raudhah disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu. Sebelum disahkan keguguran, Ayu Raudhah mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.



~saat-saat bahagia ketika mengandung~



“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.
“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,”
Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.
“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.
sumber: http://www.zonartis.com



p/s: Anda dialu-alukan meninggalkan komen & follow blog ini. tq!

Sunday, 30 October 2011

Tandas sekarang pelik2 jer... haisshh..

 
DAH MCM NAK MAKAN ORG DAH..



HAA,,, SUDAH...



DAH MCM WAITER DAH PULAK...


SAYA NAK MAKAN!!!


MENAWAN X BIBIR SAYA???


JANGAN DUDUK!! BUSUK!!


BERTUDUNG PON ADER.... HAYOOO...


BOLEH NGURAT AH CAMNI....


ABANG, PILIH SAYA PLEASE,.. PLEASE....


EH AWAK,, CAMNE SY X PASAN TD. AWAK BUAT APE KT BLAKANG SY NI??

Animations fb tagging!!

Hmmmm~ Bosan petang-petang ni, x taw nak buat ape...
So, nak godek2 blog la.. haha,... hari pun dah nak ujan...
Mmg dah musim ujan la katakan, tepat kul 6 mmg hujan kebiasaannya..
Daripada korunk sume tido jer,.....
Lebih baik post gambar ni kat fb then tag kawan korunk....
Selamat tagging!








Ataupun korunk boleh guna animasi kartun yg ini,...
So ade 2 pilihan la..




facebook-gambar-lucu-2


Pas korunk tag kawan2, mst penuh punya notification..


Selamat mencuba!!

Fafau & Neelofa sah sebagai pengacara NONA 2012





Penyampai radio  Hot FM, Fara Fauzana dipilih menggantikan pelakon, Vanidah Imran untuk mengendalikan rancangan berbentuk wanita dan fesyen, Nona di TV3 bermula awal tahun 2012 nanti.
Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network / Media Prima Nite Live di Kuala Lumpur hari ini melenyapkan teka-teki pasal perkara itu sejak seminggu lalu.


Media tempatan membuat spekulasi pasal Fara yang dikhabarkan bakal memikul tugas mengacara program yang mendapat perhatian golongan wanita itu menggantikan tempat Vanidah Imran yang genap setahun mengendalikannya hujung tahun ini.

Fara Fauzana yang sebelum ini pernah mengacarakan rancangan hiburan, tidak berseorangan apabila dia bakal ditemani pelakon baru, Neelofa untuk mengemudi program popular itu. Nampaknya kali ini dua pengacara pula mengemudi Nona.
Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.
"Saya teruja bila dapat peluang mengendalikan rancangan Nona dan berjanji akan memberikan yang terbaik," kata Fara yang pernah menghangatkan Melodi selama beberapa tahun.

 
NEELOFA TURUT GALAS TERAJU NONA TAHUN DEPAN
sumber: mangga

Hanya kerana segelas air...





Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Siapakah Orang Yang .............. ??

‎1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

~Dengan tudung pun boleh fesyen ape~

Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Tutup aurat bukan suruh berselubung,
Sampai tak nampak muka dan hidung,
Yang faham tuntutan amatlah beruntung,
Taklah bersungut.. mulut pun muncung.
Bertudung bukan satu paksaan,
Ia lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu lebih dikuasai syaitan,
Itulah pasal fesyen yang bukan-bukan.
Bertudung bergaya biarlah sempurna,
Tak menjadi bahan kutukan.. tak pula menambah dosa,
Pun tak usahlah terlebih gaya,
Islam itu suka yang bersederhana.
Siapa kata kita tak boleh berwarna,
Tak caya cuba tengok pendakwah-pendakwah kita,
Ustazah tetap juga bubuh warna,
Taklah sampai nampak mengancam, tapi biarlah "bernyawa".
Kalau lah memang rasa nak berubah,
Pedulikan kata orang.. bukan dia yang dapat susah,
Asal niat, matlamat dan cara kita beristiqamah,
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah.
Bersamalah kita mengkaji semula,
Pakaian kita yang bagaimana gayanya,
Andai betul belum bersedia,
Janganlah kita mencemar kesuciannya.
Andai di hati redha dan ikhlas,
Diwajah Nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa kelas,
Asalkan Tuhan tahu.. di akhirat pengorbananmu terbalas.

SEKSI vs MUSLIMAH ^_^






SEKSI: Kenapa la awak pakai macam ni? Tak panas ka?
MUSLIMAH: SubhanaAllah, saya tak panas. Awak panas ka?
SEKSI: Panas la.
MUSLIMAH: Itu baru api dunia awak dah panas, kalau api neraka?
SEKSI: Alaa, muda sekali ja. So sekali sekala boleh la seksi.
MUSLIMAH: Habis awak jamin awak hidup sampai tua?
SEKSI: Tak la. Tapi belum ready. Eh tapi saya sembahyang tau!
MUSLIMAH: Kenapa awak sembahyang??
SEKSI: Solat tu kan wajib dalam Islam.
MUSLIMAH: Aurat pun wajib dalam Islam. One pakej.
SEKSI: Tapi kalau nak tutup aurat, biarlah ikhlas. Tutup aurat, tapi buat maksiat, tak guna juga.
MUSLIMAH: Kalau ini jawapan awak, maksudnya awak belum kenal Islam dan belum ikhlas terima Islam. Islam, jangan kita kurangkan amalan yang wajib hanya kerana nafsu. Nafsu itu senjata syaitan. Awak nak jadi pengikut syaitan???
SEKSI: ??????????
MUSLIMAH: Tak tahu nak jawab sebab awak tahu jawapannya. Jangan luahkan, ingatkan diri sendiri.

~>♥ ISLAM DALAM SATU PAKEJ! JANGAN PANDAI-PANDAI NAK LESS OR MORE AS U LIKE

Saturday, 29 October 2011

10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak!





1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Rumah RM6.6 billion (U$1.8 billion), rumah termahal di dunia 2011



MUMBAI- MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri. Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.

Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani. Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.
Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.
Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi. Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China. Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.
Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya. Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.  Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat. Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah. Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.
Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia. Kayu berbentuk huruf ‘W’ yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..
Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah. Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.


p/s: DAH BANYAK SGT DUIT.... MEH SEDEKAH KAT AQ NI...

Padan muka cikgu ni...

Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?

Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh

orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh

bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua

masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.

Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan

berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,

kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi

perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Ahahah........ ada2 je diorg ni...... 

Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!
... ...
KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

... NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!

ITIK:Fulamak! Rupanya ada nama makanan sempena taik aku! Sedap ke??

IKAN.. malasnya nak mandi pagi ni.. sejuk

KAMBING: Hari ini dalam sejarah....Aku mandi weii!

sekadar gurauan..hehehe...^__^

lambat bangun~

hari yg indah.
mmg niat nak bangun awal dr semalam lg...
nak basuh baju la konon...
nak kemas bilik...
tp ternyata aq terbangun lewat lg hari ni....
baju blom cuci lg,.
assngmnt x buat lg...
paper work ingtkan nak hantar mggu 9, baru dpt bonus mark.
tp nampaknyer, mcm xde perubahan..
hidup masih seperti dulu...
ttp tiada perubahan....
so sad :'(

Friday, 28 October 2011

susah susah...

payah bebeno nak pastikan sume link boleh di klik.... hmmm~ dah banyak ubah pon ttp sama....

newbie blogger...

malam ni, saat ini baru start berblogging....

ASTRO "macam2 ada"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO "macam2 ada"