Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Friday, 2 December 2011

lets change!




pergh.. gempak giler..** tukar kepada ♥ Subhanallah
OMG (oh My God)..** Tukar kepada♥ Ya Allah
Terbaek.... ** Tukar kepada ♥ Alhamdulillah
Ok..Oraait ** Tukar Kepada ♥ Insya-Allah
Cilakak **Tukar kepada ♥ “Astagfirrullahhalazim” ATAU “Innalillah”
Ellemak..lupa lak.. **Tukar kepada ♥ Allahumassoli ’ala Muhammad
Arghhh.. pening... **Tukar kepada ♥ Astaghfirullah
Eeee... teruknya **Tukar kepada ♥ Na’uzubillah
Opocot... **Tukar kepada ♥ Allahu Akbar
Hek eleh... **Tukar kepada ♥ La ilaha illallah

Don't say HELLO ♥ Say ASSALAMUALAIKUM .
Don't say THANKS ♥ Say JAZAKALLAH KHAIRAN .
Don't say TAKE CARE, BYE ♥ Say FII AMANILLAH .
Don't say GREAT ♥ Say MASYAALLAH .
Don't say OKAY ♥ Say INSYAALLAH .
Don't say I AM FINE ♥ Say ALHAMDULILLAH .
Don't say WOW ♥ Say SUBHANALLAH

Tuesday, 1 November 2011

20 Keberkatan Surah Yassin.




RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu: 
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. 
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 
* Jika terpenjara akan dibebaskan. 
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali". 


Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 


Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".


sama-samalah kita menjadi orang yang sentiasa mengingati Allah dan sentiasa membaca surah Yasin kerana banyak manfaatnya..


p/s: komen anda amatlah dialu-alukan & jika suka boleh follow blog ini. tq!

Sunday, 30 October 2011

Hanya kerana segelas air...





Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Siapakah Orang Yang .............. ??

‎1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

~Dengan tudung pun boleh fesyen ape~

Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Di dunia selamat, di akhirat hebat.

Tutup aurat bukan suruh berselubung,
Sampai tak nampak muka dan hidung,
Yang faham tuntutan amatlah beruntung,
Taklah bersungut.. mulut pun muncung.
Bertudung bukan satu paksaan,
Ia lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu lebih dikuasai syaitan,
Itulah pasal fesyen yang bukan-bukan.
Bertudung bergaya biarlah sempurna,
Tak menjadi bahan kutukan.. tak pula menambah dosa,
Pun tak usahlah terlebih gaya,
Islam itu suka yang bersederhana.
Siapa kata kita tak boleh berwarna,
Tak caya cuba tengok pendakwah-pendakwah kita,
Ustazah tetap juga bubuh warna,
Taklah sampai nampak mengancam, tapi biarlah "bernyawa".
Kalau lah memang rasa nak berubah,
Pedulikan kata orang.. bukan dia yang dapat susah,
Asal niat, matlamat dan cara kita beristiqamah,
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah.
Bersamalah kita mengkaji semula,
Pakaian kita yang bagaimana gayanya,
Andai betul belum bersedia,
Janganlah kita mencemar kesuciannya.
Andai di hati redha dan ikhlas,
Diwajah Nur terpancar jelas,
Walaupun bergaya tak berapa kelas,
Asalkan Tuhan tahu.. di akhirat pengorbananmu terbalas.

SEKSI vs MUSLIMAH ^_^






SEKSI: Kenapa la awak pakai macam ni? Tak panas ka?
MUSLIMAH: SubhanaAllah, saya tak panas. Awak panas ka?
SEKSI: Panas la.
MUSLIMAH: Itu baru api dunia awak dah panas, kalau api neraka?
SEKSI: Alaa, muda sekali ja. So sekali sekala boleh la seksi.
MUSLIMAH: Habis awak jamin awak hidup sampai tua?
SEKSI: Tak la. Tapi belum ready. Eh tapi saya sembahyang tau!
MUSLIMAH: Kenapa awak sembahyang??
SEKSI: Solat tu kan wajib dalam Islam.
MUSLIMAH: Aurat pun wajib dalam Islam. One pakej.
SEKSI: Tapi kalau nak tutup aurat, biarlah ikhlas. Tutup aurat, tapi buat maksiat, tak guna juga.
MUSLIMAH: Kalau ini jawapan awak, maksudnya awak belum kenal Islam dan belum ikhlas terima Islam. Islam, jangan kita kurangkan amalan yang wajib hanya kerana nafsu. Nafsu itu senjata syaitan. Awak nak jadi pengikut syaitan???
SEKSI: ??????????
MUSLIMAH: Tak tahu nak jawab sebab awak tahu jawapannya. Jangan luahkan, ingatkan diri sendiri.

~>♥ ISLAM DALAM SATU PAKEJ! JANGAN PANDAI-PANDAI NAK LESS OR MORE AS U LIKE

ASTRO "macam2 ada"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO "macam2 ada"