Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)







Anugerah juara lagu (AJL) 2011 ke 26 akan berlangsung pada 29 januari 2012. Setelah selesai minggu ke tiga muzik-muzik separuh akhir 26 dan telah tersenarai 12 lagu yang layak bertanding di AJL 26 di tv3 awal tahun 2012 nanti. Berikut adalah senarai 12 lagu yang layak bertanding di AJL 26 nanti.
  1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas).
  2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat).
  3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih).
  4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet).
  5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta).
  6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford).
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir).
  8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque).
  9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna).
  10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna).
  11. Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim).
  12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Proton Baru, Tuah/Espire/P3-21A Dilancar Februari 2012?

“2012 akan menjadi tahun yang menarik bagi kami dengan pengenalan empat model — Exora Bold dan Exora Prime, Inspira R3 dan kereta sedan yang diberikan nama kod ‘P3-21A’ — dan dijangka dilancarkan awal tahun depan,” katanya.(Datuk Seri Syed Zainal Abidin)
Beliau berkata ‘P3-21A’ akan menjadi kereta global generasi baharu pertama yang dibina mengikut undang-undang dan peraturan global terbaru, yang merangkumi pelbagai parameter seperti standard pelepasan asap dan keselamatan. (Sumber : Bernama.com)



















Thursday, 3 November 2011

GSC Cinema Midvalley dibuka semula hari ini.

KUALA LUMPUR: GSC Mid Valley semalam menyambung semula penayangan filemnya selepas ditutup sehari berikutan kebakaran kecil di koridor belakang sebuah dewan panggung, kelmarin.

Golden Screen Cinema Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam berkata, pasukan pawagam itu mengambil tindakan segera menangani perkara berkenaan dan meminimumkan gangguan kepada perniagaannya. Syarikat itu berkata, mereka yang terbabit dengan pembatalan penayangan filem di GSC Mid Valley kelmarin boleh pergi ke kaunter tiket GSC Mid Valley untuk mendapatkan bayaran balik tiket.


Bagi sesiapa yang tidak mengetahui ttg GSC terbakar, boleh lah lihat berita sebelumnya di http://paintmyworld-rahman.blogspot.com/2011/11/gsc-cinema-midvalley-terbakar.html#comments

30 Info menarik tentang perempuan yang perlu diketahui.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata.
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, 2 November 2011

GSC Cinema Midvalley terbakar!!

Berita hangat lagi baru semestinya menjadi topik dan perbualan hangat semua org.
Terbaru, kes GSC Cinema Midvalley terbakar kira-kira pukul 1.20 petang yang melibatkan sebuah dewan. Punca kebakaran masih disiasat. Menurut pihak pengurusan Midvalley, tiada yang mengalami kemalangan dalam kebakaran tersebut. 


image


image


image


credit gambar: http://www.norfanil.com

Gajah hampir hanyut oleh Banjir di Thailand

gambar hiasan




Sekelompok gajah terpaksa berhadapan bencana alam banjir di Thailand selama sebulan lamanya. Mereka yang terperangkap di pulau kecil di tempat perlindungan binatang dengan keluasan hanya beberapa meter lebar sahaja.


Kumpulan gajah yang 17 ekor kesemuanya, termasuk 7 di antaranya berumur dibawah 4 tahun. Kesemua tujuh gajah kecil ini belum cukup mampu untuk melepaskan diri dari banjir yang melanda. Sementara 10 ekor lagi berjaya melepaskan diri dari arus deras yang menenggelamkan kota di utara Bangkok.


Oleh sebab gajah-gajah kecil ini tidak mampu melepaskan diri, maka mereka dan kumpulan gajah dewasa yang lain terpaksa berpanas di Ayutthaya Elephant Palace and Royal Kraal sehingga air mula surut. Gajah-gajah ini ternyata jelas kegembiraan di wajah mereka tatkala pasukan prihatin membawakan makanan seperti tebu dan buah nenas kepada mereka dengan menggunakan bot.


Beberapa gajah dewasa mengawasi ahli yang lain termasuk 2 jantan dan seekor betina bunting, dengan santainya bermain-main dengan air untuk menyejukkan badan tatkala sinar mentari perit terpancar ke kulit. Namun si kecil tidak mampu melakukan hal yang sama seperti gajah dewasa dek kerana kekangan saiz dan daya tahan yang terbatas. Jika mereka tetap berdegil untuk bermain di dalam air yang deras, berkemungkinan mereka akan ditenggelami oleh air setinggi 2 meter.


credit: bali post


u r feel free to drop ur comment here & might FOLLOW this blog if u like it. tq!

Skim Pelaburan Untuk Masa Depan. | Teratak Usang

Skim Pelaburan Untuk Masa Depan. | Teratak Usang

KLIK LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Tuesday, 1 November 2011

Soal jawab antara Allah S.W.T. & iblis





Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”

Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”

Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”

Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”

Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”

Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”

Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”

Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”

Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”

Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”

Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”

Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”

Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”

Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”

Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”

Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, 31 October 2011

Bedak Compact Punca Jerawat??

HAAA... Korunk ade banyak jerawat x kat muka?? Mungkin ni salah satu sbb nyer....


JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.
Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat.
Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".

2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.

3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.

4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.

Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas 
menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.

credit: DR. NURHALINA AZLY MINHAT

p/s: you are feel free to drop ur comment here & FOLLOW my blog also! tq..

ASTRO "macam2 ada"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASTRO "macam2 ada"